Thursday, 28 June 2012

Buat Sahabat Ku.

Sahabat,..
kaulah insan yang sangat aku hargai,
satu anugerah yang sangat indah pernah aku miliki..
suka duka bersama..
bertemu berpisah..
Jika kau diuji tabahlah wahai sahabat..
ia ujian dr yang Maha Mengetahui..
Kerana disebalik ujian itu ada hikmahnya..
ku selalu ingatmu dalam doaku..
Salam Jumaat sahabat :D


Lirik Lagu Inteam 


-Segenggam Tabah-

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun  tak pernah pun setitis 
Gugur berderai di pipi


Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian


Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti


Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar


Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu


Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

No comments:

Post a Comment

Natural Makeup

hye uollss,, Today,aku nak share about makeup. Aku memang suka gila bab makeup ni,tapi takdelah lebih lebih sangat. Just natural makeup ...