Wednesday 29 February 2012

Sometimes when we forget Allah ,then through His Love for us , He creates a situation , good or bad , where we remember Him and turn to Him :D



Thursday 23 February 2012

Novel Musafir Perindu

Assalamualaikum 



Danau Tarbiyah Nilam Puri menemukan Annur dengan Iman dan Amar. Iman,pesona hatinya bagaikan laut yang tenang di tengah malam. Amar pula sering mencipta amarah dan perbalahan dengan Annur. Padahal tanpa sedar nama Annur telah pun terukir di relung hatinya. Annur terkeksan dengan keperibadian Iman. Keluhuran jiwa itu membuatkan dia merasa tidak layak lalu dia memendam perasaan sendiri. Namun,doa dan harapan akhirnya menjadi nyata. Sebuah hubungan yang diikatkan dengan baitul muslim kerana cinta ALLAH dan perjuangan Islam.


Malangnya,kebahagiaan Annur hanya sementara. Takdir ALLAH tak siapa dapat menghalang. Iman koma dan mewasiatkan agar Annur mengahwini Amar. Annur bertegas tetap mahu setia dengan Iman. Andai jodoh mereka singkat di dunia,dia tetap setia menunggu Iman di syurga.


Adakah dengan doa,harapan dan tawakal dapat mengembalikan Iman ke dunia? Adakah ruang takdir untuk Amar menebus segala dosa silamnya pada Annur? ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Walau bagaimana berat pun ujian yg datang,hidup perlu diteruskan. Mati itu pasti.


         Cinta ILAHI jejambat ke Syurga Hakiki~


Nak tahu kisah selanjutnya,belilah novel ini. sangat memberi banyak ilmu dan faedah. :D Ana sangat suka dengan novel ini sebab berunsurkan islamik. tu yang membuatkan ana tertarik untuk membaca. :D


wassalam...

Thursday 16 February 2012

Ketinggianku Terhenti Disini





Bismillah rahmanir rahim...


Kenapa ? dan kenapa? haaa...nak tau kan. dah berapa hari gigi aku sakit weh. rupa-rupanya gigi geraham nak tumbuh. allahuakbar ! saat paling aku benci perkara ni lah. orang kata,ramai lah yang kata kalau gigi geraham belakang dah tumbuh ketinggian kita berhenti,maksudnya kita dah tak boleh tinggi,cikgu sains aku dulu pon cakap macam tuu. tapi aku tak boleh terima kenyataan lagi. :( baru nak plan tambah ketinggian,naik 3 4 inci pon jadilah. hmmm,redha redha. bersyukur lah dengan apa yang ada. sebab fizikal aku semua elok. takde yang cacat cela. :D hee. takpelah. dah tak boleh tinggi pon takpa. kasut tinggi kan ada ! tapi merasa kesakitan tumbuh gigi geraham ni hanya tuhan yang tahu. ya Allah sakitnya...sampai demam aku dibuatnya. :( nak fokus time belajar pon susah. semua ni berakhir seminggu until 2 minggu la baru pulih. Alhamdulillah. walaupon ketinggian aku tak setaraf umur aku tetap terima. 150 cm standart gadis lah kan :D hehe. pesan aku sentiasalah kita bersyukur dengan apa yang ada,tak kira lah dari segi apa sekali pon,setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2. tiada yang sempurna :) sekian wassalam~




Tuesday 14 February 2012

Sahabat Teman Sejati

sahabat teman sejati :D


assalamualaikum

khas kepada kelas 5 Ibnu Rushd 2010  SAM Muhammadiah.terutamanya :D. dah lama sangat aku tak jumpa korang. ehh dah nak masuk 2 tahun kot. hmmm,aku rindu dengan semua ragam-ragam2 korang yg entah hape hape. opps ! haha.rindu cikgu,rindu jamuan akhir tahun,lagi time tukar2 hadiah. best giler ! rindu nak belajar prinsip akaun yg membuatkan kepala otak aku tepu jee.hehe .ni lah kelas paling best pernah aku ada !! bila lagi korang nak datang rumah aku sambut birthday aku lagi kan?time hari raya datang ramai2,aku pulak tuh yang masak(perasaan) hehe. yang masih ada dengan aku sekarang kat SAMTSSAAS ni Amir,TQ, dan Fariszuan je .aku harap sangat korang buat renioun(mcm salah je eja je) haha. dekat mana2 nak jumpa pon takpa,dengar citer kat Sunway rumah leader kita.pon boleh laaa~ tp yelah semua sibuk studying kan. takpe. disebalik pertemuan itu ade perpisahan and sebalik perpisahan itu ada pertemuan kembali insyaAllah. semoga kita berjumpa lagi. =D sesiapa korg yg baca terutama kpd yg ada blog. selamat maju jaya. wassalam~



Keistimewaan

De Hearty - WANITA


Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

p/s : bersyukurlah wahai wanita,gadis,perempuan. Dia menciptakan kita dengan keistimewaan yg tersendiri yg ada pada diri seorang yg bergelar wanita. hargailah diri anda :D

Natural Makeup

hye uollss,, Today,aku nak share about makeup. Aku memang suka gila bab makeup ni,tapi takdelah lebih lebih sangat. Just natural makeup ...