kacakkan lelaki ni :D haha
Okay,kita selalu dengarkan kata2 islamik mcm ni " kalau suka,jangan luah,kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita,tetapi berdoalah kepada Allah agar memberikan yg terbaik "
Daripada ayat2 tadi tu memang kalau ana tanya,mesti ramai yg penah dengarkan? tapi dekat sini ana setuju dengan pendapat hilal yang mengatakan kalau kita suka dengan seseorang itu,kenalah ade cara atau perancangan utk meluahkannya. Mahu tidak mahu perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yg kita cintai,yang kita rasa baik kepadanya. betulkan? tapi khas untuk lelaki lah,perempuan pun ape salahnya.hehe
Namun,luahkanlah dalam keadaan yang mantap,bersedia,punya wawasan dan kematangan,dengan cara yang syar'ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya,luahkan kepada kedua ibubapanya. Sebelum meluahkan,bincang dengan ibubapa kita sendiri terlebih dahulu,dengan penjaga kita,ustaz ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahkan kita itu bukan satu perkara yang main main.
okay,betul kata-kata hilal tadi. betul lah kan,kalau kita tak usaha macam mana nak dapatkan sesuatu yang kita nak,macam exam jugakkan,kalau tak study,boleh kita jawab exam betul tak? tapi sebelum tu kenalah ada caranya perancangan untuk meluahkan,dengan mengikut syar'ie seperti yang dikatakan tadi. :) tapi jangan terburu2,biar fikir masak2, baru buat perancangan.
Jado sebelum luahkan,fikir masak2. Mohon doa kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. kemudian yakinlah,agar Dia memberikan yang terbaik.
hehehe,sebagai perkongsian bersama. selamat beramal~ :D