Monday, 7 May 2012

Happy Birthday To Me !!

Assalamualaikum.
 
ok,ana aisyah :D

hari ini hari paling bergumbira sangat2 :D terima kasih kepada semua yang mengucapkan birthday kat aku,lagi2 kelas 6 atas al-farabi SAMTSSAAS. kepada semua perempuan2 kelas aku. sayang giler kat korang ! <3 hehe. kite sambut beday kat KFC pon jadilahkan. kenangan yang memang aku takkan lupa sampai bile2,kepada semua lah,ex 5 ibnu rushd yang masih ingat. terharu tau tak ~ nak nangis rasenye. hehe.,aku seronok ! hehe,hari2 macam ni kan best..May Allah bless all of you always :D love u all~ 







potong,tipu2. furrrhh !! 

comot muke saye ! :p haha
hanya tinggal kenangan~


Friday, 27 April 2012

Nasihat Yang Mantap !

Assalamualaikum :D

                              kacakkan lelaki ni :D haha

Alhamdulillah bersyukur kita masih diberi nyawa harini. Dengan keindahan hari Jumaat yang indah penuh barakah ini. :) yes,disini ana nak share sikit tentang Hilal Asyraf pelajar tahun akhir Usuluddin University Yarmouk,Jordan. wahh ! best,insyaAllah ana nak sangat ikut jejak dia p belajar kat sana amik course yg sama. dah la ana minat Usuluddin. :) hmm,ok,agenda seterusnya. haaa ana selalu jugak ikut perkembangan tentang Hilal ni,then ana mule tertarik dgn buku2 dia,byk pengetahuan baru boleh dapat. then,harini ana ada baca satu artikel yang hilal post dekat fb tentang soal cinta? takpe asik pasal cinta je kan. biasalah ana pon dah mule nk dewasa :p haa,orang selalu bertanye,patutkah kita meluahkan perasaan cinta kita kepada orang yg kita cintai?

Okay,kita selalu dengarkan kata2 islamik mcm ni " kalau suka,jangan luah,kalau luah, Allah akan kurangkan kemanisan dalam cinta kita,tetapi berdoalah kepada Allah agar memberikan yg terbaik "

Daripada ayat2 tadi tu memang kalau ana tanya,mesti ramai yg penah dengarkan? tapi dekat sini ana setuju dengan pendapat hilal yang mengatakan kalau kita suka dengan seseorang itu,kenalah ade cara atau perancangan utk meluahkannya. Mahu tidak mahu perasaan itu mesti diluahkan. Luah itu adalah usaha kita untuk mendapatkan orang yg kita cintai,yang kita rasa baik kepadanya. betulkan? tapi khas untuk lelaki lah,perempuan pun ape salahnya.hehe

Namun,luahkanlah dalam keadaan yang mantap,bersedia,punya wawasan dan kematangan,dengan cara yang syar'ie, dan punya perancangan masa hadapan yang baik. Sebaiknya,luahkan kepada kedua ibubapanya. Sebelum meluahkan,bincang dengan ibubapa kita sendiri terlebih dahulu,dengan penjaga kita,ustaz ustazah yang rapat dengan kita. Agar luahkan kita itu bukan satu perkara yang main main.

okay,betul kata-kata hilal tadi. betul lah kan,kalau kita tak usaha macam mana nak dapatkan sesuatu yang kita nak,macam exam jugakkan,kalau tak study,boleh kita jawab exam betul tak? tapi sebelum tu kenalah ada caranya perancangan untuk meluahkan,dengan mengikut syar'ie seperti yang dikatakan tadi. :) tapi jangan terburu2,biar fikir masak2, baru buat perancangan.

Jado sebelum luahkan,fikir masak2. Mohon doa kemantapan dan keyakinan daripada Allah SWT. kemudian yakinlah,agar Dia memberikan yang terbaik.

hehehe,sebagai perkongsian bersama. selamat beramal~ :D












Saturday, 21 April 2012

Sanah Helwah :)

assamualaikum nabila huda...
entri ni khas buat kau tau. aku sayang kau :) wlaupun dah lama tak jumpe,aku selalu ingat kawan2 aku. SANAH HELWAH ya ukhti. may Allah bless you always,panjang umur murah rezeki,and berjaya dunia akhirat :D insyaAllah~ harap result upu STAM kau bagus,pergi mesir tau. tapi mesti jauh kan kau dengan aku kalau kau nak pi mesir. sedihnye T_T. semua kawan2 aku jauh2. takpe aku hanya boleh doakan dari jauh, harap dengan dugaan kite jauh2 ni kita dapat lah eratkan lagi ukhuwah kita bersama. :D aku harap cmtuh. <3 you friends ^_^ 

ni lah NABILAH HUDA :D semoga berjaya dunia akhirat.

special for you ! furhhh tiup2 !

Thursday, 19 April 2012

Forum

assalamualaikum w.b.t

nak cerita pengalaman yang sgt manis. hehe. tak sangka pulak ana terpilih masuk forum peringkat daerah. terkejut sgt. sebab rase diri ni masih bru,tak yakin boleh buat. tp berkat dorongan kengkawan. alhamdulillah ! akhirnya dapat no.2 dlm amal islami peringkat daerah :D walaupon tak dpt no.1 and tak dapat masuk peringkat negeri,takpelah. kite timbe satu pengalaman yang sangat seronok ! nak share pictures kami ini :

                                        aisyah,fatin nabila,nabilah rahim and ainul nadia :)

Sunday, 11 March 2012

I LOVE PIANO


ASSALAMUALAIKUM.



alhamdulillah....nak share sikit,dekat rumah walaupon ada piano tapi tak reti main sgt. tapi,teringin sangat bila ada waktu lapang nak belajar main piano dalam youtube pon boleh. ^_^ aku reti satu lagu je. lagu yg popular lah jugak. tapi sekarang sayang dah tak ingat note2nya. hmmm. Tapi apa pon harap lah satu hari nanti dapat main walaupon 2 3 lagu kegemaran. :D tak sabar pulak,,,best main piano ni,dari gerakan jari2 kita tu dah nampak keunikan bermain piano ni. lagi lagi bila dapat feeling ketika bermain. boleh menitiskan air mata kalau lagu lagu yang menyentuh jiwa laah. just nice~ 

Ana ada favorite pemainn piano terkenal dunia. namanya Maksim Mrvica 






awesome !! lagu lagu pianonya terbaik. hebat ! :D



                                 http://www.youtube.com/watch?v=h6A-JYbu1Os&feature=related

this is one of my fav song by maksim mrvica~

Wednesday, 29 February 2012

Sometimes when we forget Allah ,then through His Love for us , He creates a situation , good or bad , where we remember Him and turn to Him :D



Thursday, 23 February 2012

Novel Musafir Perindu

Assalamualaikum 



Danau Tarbiyah Nilam Puri menemukan Annur dengan Iman dan Amar. Iman,pesona hatinya bagaikan laut yang tenang di tengah malam. Amar pula sering mencipta amarah dan perbalahan dengan Annur. Padahal tanpa sedar nama Annur telah pun terukir di relung hatinya. Annur terkeksan dengan keperibadian Iman. Keluhuran jiwa itu membuatkan dia merasa tidak layak lalu dia memendam perasaan sendiri. Namun,doa dan harapan akhirnya menjadi nyata. Sebuah hubungan yang diikatkan dengan baitul muslim kerana cinta ALLAH dan perjuangan Islam.


Malangnya,kebahagiaan Annur hanya sementara. Takdir ALLAH tak siapa dapat menghalang. Iman koma dan mewasiatkan agar Annur mengahwini Amar. Annur bertegas tetap mahu setia dengan Iman. Andai jodoh mereka singkat di dunia,dia tetap setia menunggu Iman di syurga.


Adakah dengan doa,harapan dan tawakal dapat mengembalikan Iman ke dunia? Adakah ruang takdir untuk Amar menebus segala dosa silamnya pada Annur? ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui. Walau bagaimana berat pun ujian yg datang,hidup perlu diteruskan. Mati itu pasti.


         Cinta ILAHI jejambat ke Syurga Hakiki~


Nak tahu kisah selanjutnya,belilah novel ini. sangat memberi banyak ilmu dan faedah. :D Ana sangat suka dengan novel ini sebab berunsurkan islamik. tu yang membuatkan ana tertarik untuk membaca. :D


wassalam...

Natural Makeup

hye uollss,, Today,aku nak share about makeup. Aku memang suka gila bab makeup ni,tapi takdelah lebih lebih sangat. Just natural makeup ...